SHAH ALAM, 16 Nov (Bernama) -- Polis menahan 30 warga asing termasuk sembilan wanita yang dipercayai dalam perjalanan ke kawasan pesisiran pantai di Sabak Bernam pada 12.15 tengah malam semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya mengesan sebuah bot kayu pom-pom tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan dan kemudiannya berjaya memintas mereka di kawasan pesisiran Pantai Sungai Pulai sebelum tekong bot itu diarahkan untuk berhenti.
“Hasil tindakan pantas dan bersepadu, polis berjaya menahan 30 warga asing termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 21 hingga 49 tahun.
“Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah dua telefon bimbit dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shazeli berkata kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah