SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Polis percaya berjaya melumpuhkan sebuah pusat panggilan dipercayai bagi kegiatan love scam atau penipuan cinta selepas menyerbu sebuah rumah di Kajang, Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata hasil serbuan itu, pihaknya menahan 13 warga asing terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terlibat dalam penipuan berkenaan menyasarkan mangsa di Jepun menerusi akaun media sosial seperti Instagram dan Line dengan menggunakan akaun identiti palsu.
"Sindiket dipercayai beroperasi sejak kira-kira tiga bulan dengan setiap ahli diarahkan membuat hantaran menerusi media sosial bagi menunjukkan akaun berkenaan aktif dan tulen.
"Setelah berjaya menarik perhatian mangsa, ahli sindiket mula berkomunikasi dengan mangsa dan menghantar mesej kepada mereka untuk mendapatkan nombor telefon peribadi, akaun media sosial Line, Instagram dan lain-lain," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata sindiket berkenaan juga mempunyai bahagian kewangan yang diuruskan oleh ahli sindiket lain menggunakan platform Telegram dan Signal sebagai medium komunikasi dalaman.
Beliau berkata polis turut merampas 11 telefon bimbit dan komputer riba manakala kesemua individu terbabit kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah