KUCHING, 10 Dis (Bernama) -- Polis daerah ini membuka 98 kertas siasatan kes diperdaya sindiket panggilan telefon atau “phone scam” sejak 1 Januari hingga semalam melibatkan kerugian berjumlah RM6.96 juta.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata semua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Beliau berkata kertas siasatan itu termasuk kes terbaharu membabitkan wanita warga emas berusia 61 tahun yang telah membuat laporan selepas mengalami kerugian lebih RM90,000 akibat menjadi mangsa penipuan dengan modus operandi yang sama.
“Dalam kejadian sekitar 3 Nov, mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mendakwa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan memaklumkan kononnya terdapat bungkusan milik warga emas itu bernilai RM7 juta dirampas di Kuala Lumpur.
“Suspek kemudian menyambungkan panggilan berkenaan kepada seorang lagi individu dikenali sebagai ‘Puan Lydia’ daripada Bahagian Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata melalui helah berkenaan, mangsa diarahkan untuk memindahkan wang ke dalam tiga akaun bank berbeza kononnya bagi tujuan siasatan dan wanita itu telah melakukan 19 transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM92,100.
Alexson berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila suspek terus menuntut bayaran tambahan bagi tujuan “menyelesaikan kes” yang mendorongnya membuat laporan polis.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah