WASHINGTON, 11 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Amerika Syarikat (AS) telah mengusir 600,000 pendatang tanpa dokumen manakala 1.9 juta lagi telah meninggalkan negara itu secara sukarela sejak pentadbiran Presiden Donald Trump mengambil alih tampuk pemerintahan, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“BERITA TERKINI: 600,000 pendatang tanpa dokumen telah diusir dari wilayah negara kita dalam tempoh kurang 365 hari, manakala 1.9 juta lagi telah pulang sendiri, menjadikan lebih 2.5 juta pendatang tanpa dokumen sudah tiada. Satu pencapaian besar! Kami baru bermula,” menurut jabatan itu dalam kenyataan di platform X pada Rabu.
Trump sebelum ini berikrar dalam ucapan angkat sumpahnya untuk menghentikan kemasukan pendatang tanpa dokumen ke AS dan memulakan langkah mengusir berjuta-juta daripada mereka kembali ke negara asal.
Beliau juga mengisytiharkan darurat negara sebagai tindak balas terhadap krisis di sempadan selatan.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah