KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Sebanyak 67,735 kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.7 bilion direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Jan hingga Nov tahun ini.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan jenayah telekomunikasi merekodkan jumlah tertinggi dengan 28,698 kes diikuti jenayah e-dagang sebanyak 14,881 kes.
Sementara itu, penipuan pelaburan tidak wujud turut menjadi antara penyumbang utama kerugian dengan mencatatkan 9,296 kes manakala pinjaman tidak wujud (8,029), jenayah e-kewangan (5,853) dan Love Scam (978).
“Jumlah kerugian akibat pelaburan tidak wujud merekodkan jumlah tertinggi, iaitu lebih RM1.37 bilion, diikuti jenayah telekomunikasi (RM715.7 juta), e-kewangan (RM458.1 juta), e-dagang (RM123.7 juta), pinjaman tidak wujud (RM59.1 juta) dan Love Scam (RM43.7 juta),” menurut kenyataan itu.
Statistik berkenaan menunjukkan kadar jenayah siber yang membimbangkan dan orang ramai dinasihati supaya bertindak segera jika menjadi mangsa dengan menghubungi bank bagi menyekat transaksi mencurigakan.
Selain itu, orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah