Bahasa : BM | EN

Kastam Rampas Lebih Lapan Juta Batang Rokok, 190 Liter Minuman Keras Tidak Bercukai Di Sibu

17/11/2025 02:12 PM

SIBU, 17 Nov (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu merampas 8.33 juta batang rokok dan 190.08 liter minuman keras pelbagai jenama tidak berkastam dalam serbuan di sebuah rumah di Brooke Drive, di sini, 10 Okt lepas.

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Norizan Yahya berkata rampasan dilakukan hasil maklumat daripada Pusat Perisikan Zon Sarawak, sebelum sepasukan pegawai Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Sibu menyerbu sebuah premis yang dijadikan tempat penyimpanan barangan terbabit.

“Rokok dan minuman keras dirampas dianggarkan bernilai RM750,840.48, manakala jumlah keseluruhan duti dan cukai yang terlibat dianggarkan RM5.57 juta, menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan sebanyak RM6.32 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata rokok dan minuman keras adalah barangan larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 manakala kes berkenaan sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang larangan tanpa kebenaran.

JKDM turut menggesa orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam terdekat.

-- BERNAMA

 

 


 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami