Bahasa : BM | EN

Dua Tekong Darat Didakwa Seludup 14 Pendatang Asing Myanmar

12/11/2025 01:00 PM

KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama) -- Dua tekong darat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 14 pendatang asing warga Myanmar di sebuah rumah di Ketereh, pada Oktober lepas.

Mohamad Ezzaq Tasnim Roslan, 32, dan Mohamad Syafiq Nazeri, 29, masing-masing mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki terbabit.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyeludup 14 migran warga Myanmar di sebuah rumah di Kampung Paloh Rambai, Ketereh, pada 4 pagi, 19 Okt lepas.

Kedua-dua lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mahkamah menetapkan 10 Dis depan untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami