ALOR SETAR, 11 Nov (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja seberat 67.48 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM6.2 juta di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, Perlis, bulan lalu.
Pengarah Kastam Kedah Wan Marini Wan Hamzah berkata serbuan berasaskan maklumat risikan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi bersama pasukan elit Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) pada 10 malam.
“Hasil serbuan menemui sebuah sampan kayu yang ditinggalkan bersama empat beg guni bertulisan Thailand. Pemeriksaan lanjut ke atas beg berkenaan menemukan sejumlah besar bahan disyaki dadah jenis bunga ganja.
“Keseluruhan rampasan membabitkan 67.48 kilogram bunga ganja dengan nilai anggaran RM6,209,816,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran menggunakan sampan kayu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Wan Marini turut menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.
“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah