JOHOR BAHRU, 8 Okt (Bernama) -- Tiada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cedera dalam insiden pelanggaran antara bot Pasukan Polis Marin (PPM) dengan sebuah bot yang membawa 10 migran warga Indonesia di perairan Iskandar Puteri, awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 3 pagi ketika pasukan PPM menjalankan rondaan rutin di kawasan perairan berkenaan.
“Tiada kecederaan di pihak PDRM manakala lima daripada 10 migran warga Indonesia cedera dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata semua migran dipercayai cuba memasuki perairan negara secara haram dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ab Rahaman juga berkata maklumat terperinci termasuk jumlah anggota yang terlibat dan kronologi kejadian akan dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Johor Bahru dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut menerusi talian MERS 999 pada 3.58 pagi sebelum sepasukan anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah