DUNGUN, 15 Okt (Bernama) -- Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM254,360 selepas diperdaya sindiket phone scam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata mangsa yang berusia 40 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai ejen insurans pada 4 Sept lepas.
Beliau berkata suspek mendakwa mangsa telah membuat tuntutan perubatan palsu berjumlah RM38,000, sebelum panggilan itu disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai penyiasat polis.
"Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penggubahan haram dan terdapat 30 akaun bank atas namanya yang digunakan untuk aktiviti penipuan.
"Seterusnya panggilan itu disambungkan pula kepada suspek ketiga yang menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, kononnya dengan tujuan menangguhkan dua waran tangkap yang telah dikeluarkan terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Maizura berkata suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat pinjaman peribadi dan menjual barang kemas untuk membayar jaminan mahkamah.
Setelah pinjaman berkenaan diluluskan, mangsa diminta menyerahkan semua maklumat bank kepada suspek untuk tindakan lanjut.
"Mangsa menyedari ditipu apabila mendapati kesemua wang dalam akaunnya telah hilang, terdapat sembilan transaksi wang dari akaun miliknya dipindahkan ke akaun tidak dikenali dari tempoh 3 hingga 13 Okt lepas.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah