Bahasa : BM | EN

Wanita Warga Emas Rugi Lebih RM150,000 Ditipu Sindiket Phone Scam

15/10/2025 07:09 PM

KOTA TINGGI, 15 Okt (Bernama) -- Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM152,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam, Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mangsa yang berusia 61 tahun dihubungi seorang individu memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat penghantar barang dengan memaklumkan terdapat bungkusan atas nama mangsa yang mengandungi barangan menyalahi undang-undang.

“Panggilan terbabit kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mendakwa sebagai pegawai polis dan memaklumkan mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membuat pembayaran sebagai sebahagian daripada siasatan dan mangsa telah melakukan 10 transaksi wang ke tiga akaun berbeza berjumlah RM152,000 antara 7 hingga 10 Julai.

“Mangsa dijanjikan pemulangan wangnya selepas siasatan dan perbicaraan selesai, namun dia menyedari ditipu apabila suspek tidak memulangkan wang berhubung penyelesaian tuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya meskipun telah membuat pembayaran,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan penyampaian maklumat palsu serta mengelirukan.

-- BERNAMA

 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami