Perdana Menteri berkata hasil penguatkuasaan dan tatakelola yang baik oleh agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membolehkan kerajaan memperoleh semula RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun menerusi hasil rampasan, kutipan cukai tertunggak serta usaha membanteras penyeludupan rokok, arak dan sindiket penipuan dalam talian.
“Ini bukan hasil cukai baharu, tetapi hasil daripada tatakelola yang tegas dan penguatkuasaan yang bersih. Kalau hasil sudah meningkat kerana kita hentikan ketirisan dan rasuah, mengapa perlu bebankan rakyat dengan cukai tambahan,” katanya.
Beliau berkata dasar fiskal kerajaan ketika ini berasaskan keseimbangan antara usaha mengurangkan defisit serta hutang negara dengan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
“Kita berjaya menurunkan defisit daripada 5.6 kepada 3.8 peratus. Itu satu langkah besar. Tapi kalau terlalu drastik, ia mungkin indah dari segi teori ekonomi, tetapi parah untuk rakyat. Jadi kita mesti ada perimbangan,” katanya.
Dalam ucapannya, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada warga Kementerian Kewangan atas komitmen luar biasa mereka dalam menyediakan Belanjawan 2026, yang disifatkannya sebagai hasil kerja keras, semangat dan keikhlasan tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.
-- LAGI
ANWAR-BELANJAWAN 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
“Mungkin sudah hampir 10 kali saya bentang belanjawan sejak 1991 hingga kini, dan banyak yang saya pelajari.
“Tapi satu perkara yang saya anggap sangat mengesankan, kadang-kadang tidak diketahui oleh khalayak umum bahawa dalam persiapan itu bagaimana ratusan tenaga, berpangkalan di kementerian, bekerja sungguh-sungguh, dengan penuh minat, ikhlas, sampai lewat malam dan jadikan ini sebagai tugas yang lebih daripada tugas penjawat awam biasa, penuh komitmen, iltizam dan keikhlasan.
“Sepanjang tempoh sebulan, dua minggu, seminggu sebelum belanjawan, komitmen keluarga perbendaharaan amat luar biasa. Jadi sekali lagi saya ucapkan Jazakumullahu Khairan, terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua warga Kementerian Kewangan,” katanya.
-- BERNAMA
TAG: Anwar Ibrahim, Belanjawan 2026, Kementerian Kewangan, ekonomi, tatakelola
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah