IPOH, 30 Sept (Bernama) -- Seorang bekas pengarah jualan berusia 50 tahun kerugian RM1.85 juta selepas diperdaya skim pelaburan saham tidak wujud menerusi aplikasi TikTok, awal Julai lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata mangsa yang juga lelaki tempatan melihat iklan pelaburan tersebut sebelum menghubungi nombor telefon yang dipaparkan lalu berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurutnya mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.
“Tertarik dengan tawaran yang diberikan suspek, mangsa kemudian membuat sebanyak 23 transaksi bayaran berjumlah keseluruhan RM1,855,100 ke dalam tiga akaun bank berbeza yang diberikan suspek.
“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hisam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Pihak polis menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk pelaburan yang ditawarkan melalui laman web atau aplikasi tidak sah, tidak berdaftar dan tidak dikawal selia pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah