JAKARTA, 19 Mei (Bernama) -- Polis di wilayah Sumatera Utara, Indonesia berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 26 pekerja tanpa dokumen ke Malaysia serta menahan tiga suspek yang disyaki terlibat, menurut pihak berkuasa.
Kumpulan itu terdiri daripada 18 lelaki dan lapan wanita, ditemukan dalam satu serbuan pada Jumaat lalu oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (Bareskrim) di Deli Serdang.
“Ketiga-tiga suspek akan ditahan selama 20 hari bagi siasatan lanjut,” kata Pengarah Bareskrim, Komisioner Sumaryono dalam satu kenyataan.
Siasatan awal mendapati kesemua mangsa dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah, pekerja kilang dan buruh ladang, dengan tawaran gaji sekitar RM1,500 sebulan (kira-kira 5.7 juta rupiah).
Mereka berasal dari beberapa wilayah di Indonesia, termasuk 12 orang dari Nusa Tenggara Timur, tujuh dari Aceh, dua masing-masing dari Nusa Tenggara Barat dan Sumatera Utara, serta seorang masing-masing dari Jawa Tengah, Jawa Timur dan Riau.
“Setiap individu membayar lima juta rupiah kepada sindiket terbabit. Rancangannya adalah untuk menyeludup mereka ke Malaysia dengan tongkang,” kata Sumaryono.
Sebelum berlepas, kesemua mangsa ditempatkan di sebuah rumah di Kampung Tumpatan, daerah kecil Batang Kuis, selepas tiba dari wilayah asal masing-masing.
Kesemua 26 mangsa kini diserahkan kepada Agensi Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP3MI) cawangan Sumatera Utara untuk tindakan lanjut.
Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Undang-Undang Pencegahan Pemerdagangan Orang 2007 dan Undang-Undang Perlindungan Pekerja Migran 2017, dan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
TAG: Indonesia, polis, pemerdagangan manusia, Sumatera Utara, pembantu rumah, pekerja, kilang, ladang
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah