KOTA BHARU, 14 Julai (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memandang serius isu penyalahgunaan dadah yang mampu menghancurkan masa depan generasi muda terutama dengan cabaran unik sebagai negeri yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata penguatkuasaan mesti diperkasakan secara konsisten oleh semua agensi berkaitan agar masalah ini dapat ditangani secara lebih menyeluruh.
“Tangkapan besar-besaran oleh pihak polis di seluruh Kelantan kebelakangan ini dengan rampasan dadah bernilai jutaan ringgit adalah bukti jelas bahawa penguatkuasaan di lapangan sedang berjalan dengan berkesan.
"Tahniah kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) atas kejayaan besar ini. Tidak perlu lagi ada persepsi negatif terhadap Kelantan kerana apa yang lebih penting ialah tindakan tegas dan hasil yang nyata,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.
Mohamed Fadzli berkata kedudukan negeri ini yang mempunyai sempadan darat yang panjang, laluan tikus yang banyak serta kewujudan sindiket antarabangsa menjadikan usaha membanteras penyeludupan dadah lebih mencabar dan memerlukan pendekatan menyeluruh serta kerjasama pelbagai agensi.
-- LAGI
KELANTAN-SEMPADAN (DADAH) 2 (AKHIR) OTA BHARU
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak hanya berpeluk tubuh, malah mengambil langkah proaktif melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad
“PEMADAM Kelantan bekerjasama rapat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), PDRM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta pelbagai agensi lain untuk memperkukuh usaha pencegahan dan pendidikan sehingga ke peringkat akar umbi termasuk di sekolah dan masyarakat,” katanya.
Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri akan terus konsisten, tegas dan berprinsip dalam mendukung segala usaha membanteras dadah.
“Kita yakin dengan kerjasama erat semua pihak, termasuk agensi penguat kuasa di peringkat Persekutuan, Kelantan mampu menjadi model negeri bebas najis dadah meskipun berdepan cabaran,” katanya.
Semalam Bernama melaporkan, polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas.
Pada 3 Julai lepas pula, polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35.4 kilogram bernilai RM5.04 juta dalam enam serbuan di Pasir Mas dan Tumpat.
-- BERNAMA
TAG: Kelantan, dadah, sempadan, Mohamed Fadzli Hassan
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah