KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup menerusi serbuan Op Taring Alpha 1 di kawasan kuari Mukim Jerus, Bukit Jawa, Pasir Puteh, Jumaat lepas.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada 6.30 pagi itu menemukan 1.15 juta batang rokok putih jenama 'John JDB' dan 'SAAT' dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.
Beliau berkata rokok berkenaan ditemukan dalam sebuah kenderaan dan kontena di lokasi serbuan, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan serta kontena dianggarkan RM2.215 juta.
"Seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan selepas ditemukan bersembunyi di dalam sebuah kabin berhampiran lokasi serbuan dan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“Kesemua barang rampasan bersama suspek telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini,
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
TAG: PGA, Op Taring, rokok
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah