KUALA LUMPUR, 1 Jun -- Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk melakukan kerja di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata susulan serbuan itu polis berjaya menyelamatkan lima kanak-kanak dan remaja berusia antara lapan hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.
Beliau berkata serbuan dilakukan susulan satu aduan yang dibuat oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun petang semalam yang mendakwa beliau telah dipukul oleh pasangan berkenaan dan dipaksa melakukan kerja rumah.
“Pengadu telah berjaya melarikan diri dari rumah itu pada 10 pagi semalam dan datang ke balai polis untuk membuat laporan.
“Hasil siasatan awal mendapati pengadu dan 16 kanak-kanak yang lain telah diambil oleh pasangan berusia 55 dan 54 tahun itu dari sebuah rumah anak yatim di Kulim, Kedah pada 2017 untuk melakukan kerja rumah sepanjang hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau seramai 14 orang daripada kanak-kanak itu telah melarikan diri kerana tidak tahan melakukan kerja rumah secara paksa dan dipukul jika tidak mengikut arahan pasangan berkenaan.
Anuar berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan reman terhadap pasangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 di bawah kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah