Bahasa : 🇲🇾 | 🇬🇧

Dua pekerja ladang bebas tuduhan lindungi migran Indonesia

27/09/2021 06:39 PM

SHAH ALAM, 27 Sept  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan dua pekerja ladang kelapa sawit daripada pertuduhan melindungi tiga migran warga Indonesia yang diseludup di Tanjung Sepat, Kuala Langat, tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap S. Ramachandran, 30, dan Azhar Rofani, 24, di akhir kes pendakwaan.

Sebelum ini mahkamah mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan.

Ramachandran dan Azhar didakwa melindungi tiga lelaki warga Indonesia yang diseludup di kawasan Ladang Tumbok berhampiran kuil, Tanjung Sepat, Kuala Langat, dekat sini, pada jam 10.15 malam 23 Julai 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26H(1)(a) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 26H(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mohd Yazid dalam penghakimannya berkata pendakwaan gagal membuktikan tertuduh memberi perlindungan kepada tiga migran tersebut sama ada dalam bentuk makanan, pakaian, senjata, komunikasi atau membantu dengan apa jua caranya.

“Dalam pertuduhan hanya dinyatakan melindungi migran, tidak dinyatakan ‘limb’ (butirannya). Adalah menjadi dapatan saya, kegagalan memasukkan mana- mana ‘limb’ telah menyalahi peruntukan mandatori Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Hakim itu berkata mahkamah turut mengambil maklum kenyataan migran itu  bahawa kedua-dua tertuduh bukan orang yang melindungi dan memberikan arahan kepada mereka di ladang berkenaan ekoran kawasan kejadian yang amat gelap dan mereka tidak nampak muka tertuduh.

"Saya juga tidak melihat secebis keterangan mengaitkan tertuduh (dalam kes ini),”katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Me manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Intan Athirrah Mad Pazir.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 122858

Kategori

Mengenai MAPO
Maklumat Penting
NAPTIP
Direktori
Berita
Gambar
Infografik

Ikut Kami