KUALA LUMPUR, 23 April -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi dalang mangsa pemerdagangan manusia melibatkan lima wanita warga Vietnam, di Jalan Raden Bagus di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
“Operasi Pintas (Op Pintas) kira-kira 10.10 malam itu membongkar kegiatan jijik terbabit dipercayai telah beroperasi kira-kira sebulan lepas.
"Polis dalam masa sama, turut menemukan pasport milik kesemua mangsa dipercayai dipegang oleh seorang daripada suspek yang ditahan.
“Hasil siasatan juga mendapati mangsa telah dipaksa untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran RM250 dikenakan bagi setiap pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Saiful Annuar berkata pihaknya akan memohon reman kepada dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Kesemua mangsa terbabit akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara,” katanya.
Saiful Annuar berkata serbuan terbabit turut membawa kepada rampasan sembilan buah telefon bimbit, tiga keping kad akses bilik, 24 kondom selain wang tunai berjumlah RM1,250.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah