Bahasa : BM | EN

Lapan ditahan kerana menangkap ikan di kawasan pelantar minyak Labuan

18/04/2021 05:46 PM

LABUAN, 18 April -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan menahan lapan lelaki termasuk empat warga Filipina kerana menangkap ikan  berhampiran sebuah pelantar minyak, kira-kira 23.3 batu nautika barat laut Labuan, hari ini.

Suspek berusia antara 18 hingga 53 tahun berada di atas dua bot ditahan pada pukul 3.20 pagi kerana  menceroboh kawasan pelantar minyak itu dan menangkap ikan di sana ketika dipintas pasukan APMM yang sedang melaksanakan operasi, Op Pelantar. 

APMM Zon Labuan dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata, petugas APMM sedang memantau penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan meronda kawasan pelantar minyak.

“Kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki tempatan dan empat warga Filipina tanpa dokumen … suspek dan bot menangkap ikan mereka dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kesemua mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan di Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

 Agensi itu memberi amaran kepada pengendali bot bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan jika mereka didapati mengambil pendatang tanpa izin bekerja.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami