Bahasa : BM | EN

Dua tekong darat, empat pendatang tanpa izin ditahan di Kota Tinggi

05/04/2021 08:38 PM

JOHOR BAHRU, 5 April -- Polis menahan dua tekong darat dan empat pendatang tanpa izin lelaki dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di kawasan Padang Pasir Longgok, Jalan Tenggaroh Selatan dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata mereka ditahan dalam serbuan pada kira-kira 1.30 pagi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

“Kedua-dua tekong berumur 29 dan 46 tahun dipercayai terlibat dalam penyeludupan keluar dan masuk pendatang tanpa izin rakyat Indonesia ke negara ini.

“Ketika ditahan, kesemua empat pendatang tanpa izin berumur antara 27 dan 55 tahun itu pula dipercayai sedang bersembunyi di rumah kongsi terbabit,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil serbuan itu, pihaknya turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,000 serta mata wang Rupiah kira-kira Rp2 juta.

Katanya kedua-dua tekong dipercayai ahli sindiket 'Geng Cupeng' yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran di kawasan Bandar Penawar dan Kuala Sedili dekat Kota Tinggi.

Kedua-dua tekong dan empat pendatang tanpa izin itu kini disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami