KUCHING, 2 Mac -- Seorang kanak-kanak berusia lima tahun merupakan antara 12 individu yang ditahan dalam satu serbuan di bawah Op Benteng di sebuah rumah kongsi yang disyaki dijadikan sebagai rumah transit bagi pendatang tanpa izin di Tebedu, Serian, kira-kira 100km dari sini hari ini.
Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, SAC Mancha Ata berkata bertindak di atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Cawangan Risik Batalion ke 11 PGA bersama Pasukan Petugas Op Benteng Batalion 12 PGA, Miri telah membuat serbuan ke atas rumah itu pada pukul 4.30 pagi tadi.
“Hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati seramai sembilan orang lelaki, dua orang perempuan termasuk seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia yang berumur lingkungan antara lima hingga 48 tahun berada di dalam rumah tersebut.
Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia.Tindakan pengusiran dilakukan ke atas kesemua individu tersebut untuk berpatah balik ke negara asal mereka Indonesia melalui Pintu Utama Sempadan Malaysia-Indonesia ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Tebedu, Serian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mancha berkata pengusiran dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Sek 6 (1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155).
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah