Bahasa : BM | EN

Kastam tahan empat pendatang asing cuba keluar menerusi laluan tidak sah

02/03/2021 12:09 PM

JOHOR BAHRU, 2 Mac -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan empat pendatang asing yang cuba membolosi sempadan untuk keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah di perairan Pontian, dekat Pontian petang Sabtu lepas.

Pengarahnya Sazali Mohamad berkata kejayaan itu adalah hasil operasi Ops Benteng 2021 yang dilakukan unit Marin, Bahagian Penguatkuasaan, Sungai Pulai, JKDM Johor semasa melakukan rondaan laut menggunakan bot jabatan kira-kira pukul 1 .40 petang.

Beliau berkata pemeriksaan rapi ke atas sebuah bot kayu mencurigakan di kawasan itu menemukan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 dan 46 tahun yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

"Mereka juga didapati tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia dan ditahan bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam sebatan jika sabit kesalahan,” tambahnya.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami