Bahasa : BM | EN

TLDM usir tongkang bawa 25 pendatang tanpa izin ceroboh perairan negara

31/01/2021 09:19 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir sebuah tongkang yang membawa 25 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang cuba menceroboh perairan negara di kedudukan empat batu nautika Tenggara Pulau Angsa, awal pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan tongkang itu berjaya dikesan pada kira-kira 1 pagi hasil kerjasama pasukan keselamatan tersebut bersama Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sektor 5 di bawah Ketua Gugus Tugas PPM Selangor.

“Bot milik TLDM mengiringi dan mengusir bot tongkang Indonesia hingga keluar dari perairan negara hingga jam 6.53 pagi tadi,” menurut kenyataan TLDM hari ini.

Kenyataan itu menyebut TLDM sentiasa memperkasakan Op Benteng melalui kerjasama pelbagai agensi Komander Komponen Maritim di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) bagi memperkukuh sempadan perairan negara daripada dicerobohi pendatang tanpa izin dan mencegah penularan pandemik COVID-19.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami