Bahasa : BM | EN

17 pendatang tanpa izin ditahan disyaki masuk ke Malaysia melalui jalan tidak sah

28/01/2021 09:51 PM

KUALA LUMPUR 28 Jan  -- Seramai 17 pendatang tanpa izin warga Indonesia ditahan, kerana disyaki masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah di Pantai Teluk Punggai, Kota Tinggi, Johor, awal pagi hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mereka yang ditahan kira-kira pukul 2 pagi di sektor Op Benteng Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) itu, terdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 24 hingga 48 tahun.

“Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot yang mencurigakan, dari arah Pulau Batan ke perairan Malaysia, pukul 10.50 malam semalam.

“Pada pukul 1.30 pagi, petugas pos pemerhati telah mengesan sebuah bot yang mendarat di Pantai Teluk Pungai, dan menahan 16 pendatang tanpa izin dan seorang lagi ditahan hasil maklumat pengesanan daripada Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP),” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut merampas wang tunai pelbagai mata wang, jam tangan, barangan kemas dan telefon bimbit, yang dianggar bernilai RM25,262.14.

“Kesemua mereka dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19, sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami