KOTA KINABALU, 1 Jan -- Empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah yang dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini.
Pengarah MKN negeri Sabah Sitti Saleha Habib Yussof berkata tujuan utama penyerahan itu adalah JIM sebagai pengurus di PTS bersesuaian dengan aspek perundangan dan kewajipan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu undang-undang terpakai dalam pengurusan tahanan serta membolehkan institusi itu beroperasi secara sah di bawah akta tersebut.
"Selain itu pengurusan di PTS akan dapat diseragamkan memandangkan mekanisme sedia ada mengenai pengurusan depot tahanan di seluruh negara telah lama diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak JIM," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sitti Saleha berkata MKN negeri Sabah telah menyelia semua PTS di Sabah bermula dengan PTS Tawau pada tahun 1993.
Ini diikuti PTS Sandakan pada tahun 1994 kemudiannya pemindahan lokasi dengan dikenali PTS Sibuga pada tahun 2010 manakala pengoperasian di PTS Kota Kinabalu pada 1999 dan PTS Papar pada 2009.
Katanya, pada 2006 MKN telah mengambil alih pengurusan PTS secara keseluruhan yang merangkumi penyeliaan pentadbiran, pengurusan logistik dan kawalan keselamatan melalui pengwujudan jawatan kader pengawal keselamatan dari agensi Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
"MKN negeri Sabah yakin dengan penyerahan pengurusan PTS itu akan menambah baik dan memantapkan pengurusan tahanan pendatang asing tanpa izin di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah