TUMPAT, 9 Mei (Bernama) -- Isu kemasukan pendatang tanpa izin akan menjadi fokus utama pada mesyuarat dua hala antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pihak berkuasa Thailand di Krabi dari 10 hingga 12 Jun depan bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.
Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata mesyuarat itu turut menjadi platform mempererat kerjasama dan perkongsian maklumat risikan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan pendatang.
Beliau berkata peningkatan kemasukan pendatang ketika ini dipercayai didorong faktor ekonomi global dan ketegangan di Selat Hormuz yang memberi kesan kepada banyak negara.
“Keadaan itu menyebabkan banyak pendatang mencari negara yang dianggap mampu menawarkan taraf hidup lebih baik, termasuk Malaysia yang dilihat sebagai destinasi pilihan.
“Kami percaya lebih banyak pendatang akan cuba memasuki negara ini menerusi laluan tidak sah dan PGA akan meningkatkan kawalan bagi memastikan tiada pembolosan berlaku,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ops Taring Wawasan Kelantan (OTWK) di Markas Taktikal PGA Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Radzi berkata Briged Tenggara PGA merekodkan 51 kes tangkapan pendatang menerusi OTWK bagi tempoh 1 Jan hingga 8 Mei lepas melibatkan 318 individu dengan warga Myanmar mencatat jumlah tertinggi, iaitu 227 orang.
Beliau berkata sindiket kini dikesan menggunakan laluan laut dan sungai di sekitar Tumpat untuk membawa masuk pendatang, selain melibatkan tekong darat daripada beberapa negeri lain manakala Briged Tenggara PGA turut merekodkan rampasan bernilai RM195 juta sejak Januari lepas.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah