KOTA KINABALU, 4 Mei (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine seberat 305.722 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM15.28 juta, bulan lepas.
Pengarah JKDM Sabah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata rampasan pada 22 April, 11.30 pagi di Pelabuhan Sepanggar itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap sebuah kontena yang mengangkut 15 kotak yang disyaki mengandungi bahan terlarang.
"Modus operandi yang digunakan dengan mengikrar barangan itu sebagai 'drink stuff'," katanya pada sidang media di Menara Kastam, di sini hari ini.
Ahmad Taufik berkata tiada tangkapan setakat ini, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai membawa masuk dadah itu dari Pelabuhan Klang untuk pasaran tempatan di Sabah dengan menjadikan Pelabuhan Sepanggar sebagai destinasi terakhir penghantaran bahan terlarang itu.
Rampasan itu adalah hasil maklumat risikan daripada cawangan narkotik, bahagian penguatkuasaan negeri Sabah bersama Pasukan Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar.
"JKDM menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855," katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah