ISTANBUL, 3 Mei (Bernama-Anadolu) -- Pasukan tentera Jordan melakukan serangan pada awal Ahad ke atas tapak yang digunakan oleh penyeludup dadah dan senjata di sepanjang sempadan utara kerajaan itu di selatan Syria, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita negara Petra.
Menurut pasukan tentera, operasi menyasarkan kemudahan dan gudang yang digunakan sebagai tempat pelancaran untuk penyeludupan ke Jordan, sambil menambah bahawa tapak itu dikenal pasti berdasarkan maklumat risikan dan dimusnahkan dalam serangan tepat.
Serangan dijalankan ketika percubaan penyeludupan meningkat dan menurut pihak tentera, tindakan berkenaan adalah untuk menghalang aliran dadah dan senjata ke negara tersebut.
Jordan, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melaksanakan serangan serupa yang menyasarkan rangkaian pengedaran dadah di sepanjang sempadan utaranya dengan Syria.
Serangan dilakukan semasa pentadbiran baharu Syria mengambil langkah untuk mengukuhkan keselamatan di seluruh negara susulan penggulingan Bashar al-Assad pada akhir 2024 selepas 24 tahun berkuasa.
Assad melarikan diri ke Rusia, menandakan berakhirnya pemerintahan Parti Ba'ath sejak 1963.
Pentadbiran peralihan yang diketuai oleh Presiden Ahmad Al-Sharaa mengambil alih jawatan pada Januari 2025.
-- BERNAMA-ANADOLU
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah