Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.99 mata,atau 0.80 peratus kepada 1,604.47 daripada 1,617.46 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.71 mata lebih rendah kepada 1,616.75.
FBM KLCI meningkat ke paras tertinggi harian apabila mencecah 1,617.26 semasa awal urus niaga namun mencecah di bawah paras 1,600 selepas turun ke paras terendah harian 1,597.68 pada lewat dagangan sebelum kembali meningkat sebelum dagangan berakhir.
Keseluruhan pasaran adalah hambar dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 815 berbanding 353 manakala 513 kaunter tidak berubah, 1,045 kaunter tidak didagangkan, dan 48 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 4.09 bilion unit bernilai RM3.36 bilion daripada 4.21 bilion unit bernilai RM2.83 bilion pada Khamis.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran terjejas akibat kekurangan petunjuk daripada Wall Street kerana pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup semalaman susulan cuti Thanksgiving.
“Memandangkan hari ini merupakan Black Friday, dagangan AS akan disambung dalam tempoh lebih singkat, yang lazimnya berlaku berikutan mudah tunai yang kecil dan kesan limpahan global yang terhad.
“Sehinggalah penyertaan AS kembali penuh, pasaran serantau termasuk Malaysia dijangka lebih dipengaruhi oleh pemangkin domestik dan aliran pegangan jangka masa pendek,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran tempatan hambar dalam jangka masa terdekat namun aliran keseluruhan kekal positif selagi indeks berada di atas paras penting 1,600.
“Berdasarkan FBM KLCI berada dalam kedudukan terlebih jual dan bergerak semakin hampir dengan lingkungan paras sokongan sekitar 1,595 hingga 1,600, kami menjangkakan aktiviti pembelian semasa harga murah kembali secara beransur-ansur,” katanya.
Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM9.91, Public Bank tidak berubah pada RM4.35, CIMB naik 17 sen kepada RM7.65, Tenaga Nasional kurang 10 sen kepada RM13.18, dan IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM8.26.
Antara saham paling aktif, Foodie Media yang mula diniagakan di Pasaran ACE naik 10 sen kepada 40 sen, Eastern & Oriental susut lima sen kepada 71 sen, Tanco menambah dua sen kepada RM1.13, YTL Power merosot 30 sen kepada RM3.26, dan V.S. Industry menguncup 2.5 sen kepada 45 sen.
Kaunter paling untung termasuk BLD Plantation yang melonjak 90 sen kepada RM15.80, Allianz menambah 30 sen kepada RM18.98, Ajinomoto meningkat 18 sen kepada RM13.66, Theta Edge menokok 16.5 sen kepada 72.5 sen, dan IOI Properties naik 16 sen kepada RM2.59.
Antara kaunter paling rugi, Nestle merosot RM2.10 kepada RM106.90, MPI susut RM1.08 kepada RM31.92, United Plantations turun 40 sen kepada RM28.22, Petronas Gas menguncup 34 sen kepada RM17.52, dan PPB kurang 30 sen kepada RM11.
Sementara itu, Bursa Malaysia Securities mengumumkan dagangan saham UEM Edgenta Bhd dan waran berstrukturnya akan disambung semula berkuat kuasa mulai 9 pagi pada Isnin, 1 Dis, 2025.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 104.69 mata kepada 11,915.97, Indeks FBM Emas Shariah kurang 150.33 mata kepada 11,850.90, dan Indeks FBMT 100 turun 100.72 mata kepada 11,700.97.
Indeks FBM Mid 70 merosot 171.36 mata kepada 16,856.08 dan Indeks FBM ACE turun 32.04 mata kepada 4,824.62.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 18.26 mata kepada 18,575.95, Indeks Perladangan kurang 58.12 mata kepada 8,072.12, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.44 mata kepada 164.03, dan Indeks Tenaga turun 8.15 mata kepada 747.78.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.76 bilion unit bernilai RM2.92 bilion daripada 1.54 bilion unit bernilai RM2.35 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran sebanyak 1.79 bilion unit bernilai RM255.37 juta berbanding 2.32 bilion unit bernilai RM377.33 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula melonjak kepada 541.51 juta unit bernilai RM189.06 juta daripada 346.40 juta unit bernilai RM96.26 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 280.91 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (323.16 juta), pembinaan (104.59 juta), teknologi (214.32 juta), perkhidmatan kewangan (82.27 juta), hartanah (311.56 juta), perladangan (69.34 juta), amanah pelaburan hartanah (61.94 juta), dana tertutup (100,000), tenaga (68.25 juta), penjagaan kesihatan (56.71 juta), telekomunikasi dan media (42.51 juta), pengangkutan dan logistik (45.32 juta), utiliti (94.89 juta) serta amanah perniagaan (40,400).
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah