KUCHING, 29 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melumpuhkan kegiatan penyeludupan dan menyimpan pelbagai barangan tanpa cukai serta menjual barang kawalan bersubsidi dalam 15 siri operasi dari 17 hingga 28 Sept, melibatkan rampasan bernilai RM8.13 juta.
Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata barangan tersebut melibatkan produk sejuk beku termasuk daging dan sosej, rokok, minuman keras, gula, minyak masak, mercun, tong gas dan minyak diesel.
Beliau berkata menerusi pelaksanaan Op Taring Alpha, Op Taring Bravo dan Op Taring Awas/Batas itu, pihaknya menahan 34 individu termasuk empat warga asing di 12 lokasi di seluruh negeri itu.
Antara yang dirampas ialah 14.8 tan produk sejuk beku, 12,574 karton rokok, 19,318 liter minuman keras pelbagai jenama, 13,000 liter minyak diesel bersubsidi, empat tong gas bersubsidi, empat tan gula, 750 kilogram minyak masak dan 23 kotak mercun.
Turut dirampas kenderaan digunakan suspek termasuk motosikal, kenderaan pacuan empat roda, lori, van dan forklift.
Beliau berkata operasi selama hampir dua minggu itu dilaksanakan antaranya di Tebedu, Julau, Lundu, Padawan, Kuching, Kota Samarahan, Simunjan, Serian, Bau, Sibu dan Limbang.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah