IPOH, 22 Julai (Bernama) -- Dua lelaki mengalami kerugian RM474,212.58 selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud dan 'phone scam', di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung penipuan itu daripada dua lelaki yang berumur 61 dan 56 tahun itu pada Ahad lepas.
“Mangsa pertama, seorang penyelia tapak mengalami kerugian RM307,315 selepas terpedaya dengan iklan pelaburan “KKR Investment” di Facebook yang menjanjikan pulangan antara 10 hingga 20 peratus dalam tempoh singkat.
“Tertarik dengan tawaran itu, penyelia berkenaan membuat 14 transaksi ke enam akaun bank berbeza April hingga Julai lepas, sebelum menyedari dia telah ditipu apabila masih diminta membuat bayaran tambahan kononnya untuk tujuan pengeluaran keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam kes kedua, seorang bekas pekerja kilang berumur 56 tahun mengalami kerugian RM166,897.58 selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sekitar Jun lepas.
Abang Zainal Abidin berkata individu berkenaan turut mendakwa nombor telefon lelaki itu terlibat dengan pinjaman ‘ah long’ selain menyarankan dia membuat laporan polis.
“Mangsa kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dan diarahkan untuk memindahkan wang dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke satu akaun syarikat bagi tujuan siasatan.
“Pemindahan wang dibuat pada 7 Julai lepas, sebelum mangsa menyedari dirinya telah diperdaya dan membuat laporan polis,” katanya.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat dan tidak mudah percaya panggilan telefon mengejut daripada individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah