KOTA BHARU, 10 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas sebanyak 57,780 unit peranti rokok elektronik (vape) pelbagai perisa yang disyaki tidak mematuhi standard Malaysia, dalam satu operasi di Kampung Gelang Mas, dekat Pasir Mas semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan kira-kira 2 petang itu dilakukan semasa pemeriksaan terhadap sebuah lori yang berhenti dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan sejumlah kotak dibalut dengan plastik kuning di bahagian belakang lori, mengandungi peranti rokok elektronik yang disyaki tidak memiliki sijil dan cap MS SIRIM seperti diwajibkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022.
Nik Ros Azhan berkata dua lelaki tempatan berumur 22 dan 40 tahun yang berada di dalam lori berkenaan turut ditahan dan dipercayai berperanan sebagai penghantar barang untuk edaran ke pasaran tempatan.
“Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk lori ialah RM8.8 juta dan kes telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(2) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022 mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata PGA sentiasa komited memperkukuh kawalan sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan perdagangan barangan tidak sah, terutamanya yang boleh mengancam keselamatan serta kesihatan awam.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah