(Membetulkan maklumat pada berita dihantar semalam 11/7/25, sila baca ..”Tun” Ahmad Fuzi Abdul Razak)
PETALING JAYA, 11 Julai (Bernama) -- Malaysia Book of Records (MBR) meraikan ulang tahun ke-30 dengan Majlis Gala “Record Breaking Night” malam ini yang menghimpunkan pemegang rekod, tokoh negara dan ikon budaya bagi memperingati tiga dekad pencapaian luar biasa rakyat Malaysia.
Pengerusi MBR Datuk Seri Michael Tio berkata organisasi itu ditubuhkan semasa era “Malaysia Boleh” bagi mendokumentasi secara rasmi pencapaian hebat negara.
“Sehingga kini, kami telah mengiktiraf sebanyak 8,800 rekod dan menerbitkan 17 edisi dalam bahasa Inggeris. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencipta rekod baharu melalui kebangkitan semula siri TV Malaysia Luar Biasa bersama Bernama TV,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini malam ini.
Beliau berkata penganjuran 30th Record Breaking Night juga membuktikan komitmen berterusan MBR dalam meraikan kecemerlangan dan menyemarakkan semangat pencipta rekod masa depan di seluruh negara.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif MBR Christopher Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua TV BernamaNor Hamzeela Md Hambali.
-- LAGI
MBR-ULANG TAHUN 2 (AKHIR) PETALING JAYA
Lebih 800 tetamu kehormat menghadiri majlis berkenaan termasuk atlet Olimpik, juara dunia, penggiat media, tokoh korporat, selebriti serta ikon negara, antaranya juara tower running Soh Wai Ching, pemain badminton Olimpik Goh Liu Ying, bakat muda sukan permotoran Sophia Zara Mustaffa Kamal dan lelaki terpendek Malaysia Mohd Sukur Ibrahim.
Majlis turut diserikan dengan sesi inspirasi oleh pencipta rekod negara seperti Datuk M Magendran, rakyat Malaysia pertama menawan Everest, dan tokoh inovasi perniagaan Datuk Calvin Chan yang berkongsi kisah kejayaan mereka.
Selain itu, seramai 91 pemegang Rekod Kebangsaan turut diberi pengiktirafan rasmi, mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan bakat rakyat Malaysia.
Tetamu turut disajikan dengan tayangan eksklusif teaser siri TV terbaharu MBR bertajuk Malaysia Book Record of Records 2025 - Malaysia Luar Biasa yang bakal ditayangkan pada Ogos ini, menampilkan sisi unik dan inspirasi di sebalik pencapaian rekod luar biasa anak tempatan.
-- BERNAMA
TAG: MBR, ulang tahun ke-30, Michael Tio, Teo Nie Ching, pemegang rekod, Malaysia Luar Biasa, inspirasi
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah