Bahasa : BM | EN

PGA Rampas Lebih 2,000 Rokok Elektronik Bernilai RM520,00 Di Pengkalan Haram Tengkorak

04/07/2025 04:15 PM

KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 2,600 unit rokok elektronik dianggarkan bernilai RM520,000 dalam satu operasi di kawasan pangkalan haram Tengkorak, dekat Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa lepas.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan pada 10.30 pagi ketika anggota pasukan itu menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan sempadan berkenaan.

Beliau berkata sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan telah ditahan di lokasi terbabit sebelum seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tampil menuntut kenderaan itu semasa pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah besar rokok elektronik yang disembunyikan dalam kenderaan berkenaan.

“Kesemua barangan rampasan termasuk suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Perintah 4(1), 4(2) dan 6 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik) 2022.

Sehubungan itu, PGA akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan di kawasan sempadan bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 277920

Ikut Kami