KUANTAN, 13 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki kerugian lebih RM200,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau “love scam” menerusi media sosial.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 58 tahun itu telah berkenalan dengan seorang wanita warga Jepun menerusi Facebook pada April lepas.
Beliau berkata selepas sebulan berkenalan, wanita itu memberitahu mangsa terdapat kiriman barangan dari Turkiye ke Jepun atas namanya, tetapi telah ditahan di pejabat imigresen di Turkiye.
“Suspek telah meminta pinjaman wang daripada mangsa untuk mendapatkan semula barangan tersebut dengan pulangan dua kali ganda dijanjikan oleh suspek setelah barangan berkenaan diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa juga telah melakukan 50 transaksi wang ke akaun bank wanita terbabit hingga mengalami kerugian RM200,000 hasil wang simpanannya.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenal pasti dan semak dahulu sebelum membuat transaksi kewangan serta sahkan nombor telefon dan akaun menerusi https://semakmule.rmp.gov.my.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah