KUALA TERENGGANU, 28 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) Terengganu menahan 603 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi 260 operasi di negeri ini dari 1 Jan lepas hingga hari ini.
Pengarah JIM Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata sebahagian besar mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.
“Selain itu, bagi tempoh sama, sebanyak 24 majikan telah diambil tindakan seperti kompaun, denda dan dihadapkan ke mahkamah kerana melindungi serta menggaji pendatang tanpa izin,” katanya.
Mohd Yusri berkata demikian kepada pemberita selepas operasi Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) di sini dan Kuala Nerus hari ini.
Pada tahun ini, beliau berkata JIM Terengganu akan menumpukan kepada penguatkuasaan terhadap majikan sempena pelanjutan PRM 2.0 hingga 30 April depan.
Tindakan itu bagi memastikan majikan menggaji warga asing memiliki semua dokumen berkaitan yang sah agar tidak berdepan tindakan undang-undang.
Beliau berkata pada tahun lepas sebanyak 26 majikan dikompaun berjumlah RM270,00 kerana melanggar undang-undang.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah