KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Polis Terengganu membuka 12 kertas siasatan berkaitan kes penipuan peraduan cabutan bertuah melalui capaian pautan sebuah bank (phishing).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima 12 laporan bermula pada 1 Januari hingga semalam melibatkan kerugian berjumlah RM259,103.57.
Beliau berkata laporan terbaharu diterima semalam membabitkan seorang guru wanita berusia 52 tahun yang kerugian wang sebanyak RM5,499 dipercayai selepas menekan capaian pautan bertuah palsu melalui Facebook.
"Mangsa menyedari wang simpanan dalam dua akaunnya telah hilang selepas membuat pemeriksaan di bank.
"Satu lagi laporan semalam melibatkan seorang peniaga wanita berusia 52 tahun yang kehilangan RM14,110 daripada tiga akaun bank selepas menekan pautan palsu di laman sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Azli mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan menyemak kesahihan sebarang maklumat secara terus dengan institusi kewangan.
Sebarang maklumat berkaitan sindiket penipuan katanya, boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau CCID Scam Response Center menerusi talian 03-26101559.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah