Bahasa : BM | EN

Cubaan Seludup Petrol Ke Negara Jiran Tumpas

05/05/2025 10:05 PM

KOTA BHARU, 5 Mei (Bernama) -- Cubaan menyeludup 400 liter minyak petrol ke negara jiran berjaya digagalkan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga bersama beberapa agensi penguatkuasaan di Kampung Pauh Ganja di sini, baru-baru ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ACP Zulafendy Hassan dalam kenyataan hari ini berkata operasi bersepadu itu turut melibatkan Bahagian E5 Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

“Bertindak atas maklumat awam, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan menggunakan kenderaan yang diubah suai dengan tangki minyak tambahan serta pengisian petrol dalam tong jerikin.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang permit kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki atau mengangkut bahan kawalan itu,” katanya.

Beliau berkata rampasan melibatkan sejumlah tong jerikin dan sebuah kenderaan berdaftar di Malaysia, dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM8,940.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk kepada KPDN Kelantan untuk tindakan susulan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami