KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan kecuali alamatnya berakhir dengan ".gov.my."
“Scammer (sindiket penipuan) sedang menyebarkan pautan palsu yang kononnya membolehkan anda menyemak status STR (Sumbangan Tunai Rahmah) menerusi laman web meragukan yang dihantar melalui WhatsApp dan platform media sosial lain.
“Ini satu penipuan!,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Pada 19 April lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan STR yang tersebar menerusi WhatsApp.
Fahmi berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah