KUCHING, 15 Julai (Bernama) -- Taktik penyeludupan dadah dengan menyorok pil ekstasi bernilai hampir RM1 juta dalam bekas menyerupai produk makanan tambahan ‘Vitamin C 1000 tablets’ berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.
Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata cubaan menyeludup dadah jenis pil ekstasi seberat 5.23 kilogram ke Sibu itu berjaya ditumpaskan menerusi rampasan di sebuah syarikat kurier pada 20 Jun lepas.
“Hasil risikan dan intipan selama tiga hari mendapati tiada pihak tampil menuntut bungkusan berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut menemukan 12 bekas plastik berlabel ‘Vitamin C 1000 tablets’ yang mengandungi bungkusan aluminium berisi pil berbentuk watak animasi Doraemon disyaki dadah jenis ekstasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Norizan berkata dadah dianggarkan bernilai RM1,002,000 berdasarkan harga pasaran semasa itu diseludup menggunakan mod operasi penghantaran kurier melalui udara dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
TAG: pil ekstasi, penyeludupan, Sarawak, khidmat kurier, JKDM
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah