KOTA BHARU, 24 Mei (Bernama) -- Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan 12 individu serta merampas 90 ekor lembu dan 100 ekor kambing, yang disyaki diseludup dari negara jiran bagi memenuhi permintaan sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha, tahun ini.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan itu, melibatkan 10 kes penyeludupan haiwan ternakan yang direkodkan sejak 1 Jan hingga semalam, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM457,200.
“Rampasan tertinggi direkodkan pada April lepas membabitkan 28 ekor lembu dan 100 ekor kambing bernilai RM204,000, termasuk 13 ekor lembu seludup bernilai RM39,000 di Kampung Manan, Bunut Susu, Pasir Mas pada 20 April.
“Situasi ini menunjukkan sindiket penyeludupan haiwan ternakan masih aktif dan cuba mengambil kesempatan terhadap peningkatan permintaan sempena Aidiladha,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Radzi berkata sepanjang tempoh 1 Jan hingga semalam, Ops Taring Wawasan Kelantan (OTWK) merekodkan 795 kes melibatkan 979 tangkapan, dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM45.4 juta.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah