Bahasa : BM | EN

Malaysia Beri Penjelasan Isu Diketengahkan Di Bawah Akta Perdagangan As

28/04/2026 01:38 PM

(menambah maklumat baharu pada perenggan enam dan tujuh)

 

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia telah memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai dakwaan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 negara itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia telah mematuhi undang-undang dengan sewajarnya. 

“Kita telah mengemukakan semuanya. Kita telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai isu tersebut,” katanya selepas wacana mengenai ‘War and Tariffs: Our Response’ anjuran Concorde Club di sini hari ini.

Wacana itu dikendalikan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj. 

Baru-baru ini, AS menerusi Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) memulakan siasatan terhadap 60 ekonomi di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 negara itu, seksyen yang digubal antara lain untuk menangani kegagalan mengambil tindakan terhadap buruh paksa.

Antara 60 negara terlibat ialah rakan dagang terbesar AS termasuk tujuh negara ASEAN iaitu Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

-- BERNAMA

 

TAG: Johari Ghani, AS, ekonomi, tarif


SRH SRH NII NJ
x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami