(menambah Abdul pada perenggan dua)
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia telah memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai dakwaan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 negara itu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia telah mematuhi undang-undang dengan sewajarnya.
“Kita telah mengemukakan semuanya. Kita telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai isu tersebut,” katanya selepas wacana mengenai ‘War and Tariffs: Our Response’ anjuran Concorde Club di sini hari ini.
Wacana itu dikendalikan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.
-- BERNAMA
TAG: Johari Ghani, AS, ekonomi, tarif
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah