Bahasa : BM | EN

PM Anwar Mahu Projek RMK13 Di Terengganu Dilaksana Dengan Cekap, Berkesan

13/04/2026 07:19 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Terengganu dizahirkan melalui tindakan yang tuntas, cekap dan berkesan.

Justeru, beliau berkata tiada ruang bagi sebarang kelewatan atau kecuaian pelaksanaan dalam pelbagai projek berkenaan.

“Kerajaan MADANI akan memastikan urusan dipermudah, penyelarasan diperkukuh dan pelaksanaan dipercepat agar setiap inisiatif sampai kepada rakyat tanpa hambatan birokrasi.

“Ukuran kejayaan adalah pada perubahan yang dirasai rakyat, bukan sekadar perancangan di atas kertas,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu bagi meneliti kemajuan projek serta isu pelaksanaan di bawah RMK13.

Beliau berkata perbincangan memberi fokus kepada keutamaan rakyat merangkumi pendidikan, infrastruktur, pengangkutan awam, kesihatan, sosioekonomi serta kebajikan, dengan pendekatan menyeluruh berteraskan nilai ihsan, keadilan dan amanah.

Sementara itu, Perdana Menteri berharap setiap perancangan yang dibuat akan benar-benar mengangkat taraf hidup selain memperkasa kehidupan rakyat Terengganu.

-- BERNAMA 

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami