SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Polis menahan 41 warga asing dan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong darat dalam serbuan berasingan di sekitar Sekinchan dan Sabak Bernam, Isnin lepas dan hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Sekinchan pada Isnin, enam lelaki dan tiga wanita warga asing serta seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 34 hingga 53 tahun itu ditahan selepas pihaknya mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Kesemua enam lelaki dan tiga wanita warga asing terbabit disyaki masuk ke negara ini melalui jalan tidak diwartakan.
“Polis turut merampas MPV itu, serangkai kunci, dua telefon bimbit serta sekeping kad pengenalan untuk siasatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Sabak Bernam pada 3.30 pagi tadi pula, polis menahan 32 warga asing terdiri daripada 15 lelaki, 14 wanita serta tiga kanak-kanak berusia antara setahun hingga 52 tahun.
Kedua-dua serbuan, katanya dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am Batalion 19 serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah