KOTA BHARU, 8 Jan (Bernama) -- Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok bunga dari Thailand selepas menahan dua lelaki berusia 17 dan 49 tahun di dalam sebuah lori Isuzu di Lebuhraya Jeli-Grik pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata pemandu dan kelindan ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli setelah lori berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 156 kotak mengandungi 7,900 anak pokok bunga nanas atau bromeliad dipercayai diseludup masuk menerusi laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.
“Semua anak pokok bunga hiasan itu dipercayai untuk pasaran tempatan di negeri ini dan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM1.395 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarulzaman berkata kedua-dua suspek dibawa ke IPD Jeli untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
“Suspek bersama semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah