KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Polis mengenal pasti 10 lagi syarikat dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan 109 laporan direkodkan dalam tempoh sebulan setakat 31 Dis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua syarikat terbabit telah dimasukkan ke dalam pangkalan data Semakmule CCID bagi mengelak orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah penipuan.
Beliau berkata syarikat CVC Grow Star Sdn Bhd dan CVC Group Sdn Bhd mencatatkan 19 laporan polis manakala JMC M Trading Venture dan JMC Asia Top Solution sebanyak 16 laporan.
“Selain itu, KGI HK Sdn Bhd sebanyak 16 laporan polis, Greenvale Trading Sdn Bhd (14), Titan Union Trading Sdn Bhd (14), Brightglobal Sdn Bhd (11), RXM IGlobal Solution (10) dan Apek Express Servicess (M) Sdn Bhd sembilan laporan.
“Jangan tertipu dengan tawaran 'kerja mudah' mendaftar syarikat atau perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membuka akaun bank untuk pihak ketiga, scammer menggunakan ini sebagai pelindung untuk aktiviti haram mereka,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Rusdi berkata sindiket penipuan menggunakan akaun syarikat atau perniagaan kerana ia membolehkan aliran wang ratusan ribu ringgit sehari tanpa mudah dikesan sepertimana akaun peribadi, selain mangsa lebih mudah percaya untuk memasukkan wang ke dalam akaun atas nama "Syarikat ABC" berbanding akaun bank milik individu.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya memasukkan nama syarikat atau nombor akaun bank yang mencurigakan menerusi Semakmule CCID, dan jika keluar amaran, bermaksud syarikat berkenaan terlibat dalam aktiviti penipuan.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah