Bahasa : BM | EN

Cabaran Getir Menanti Beregu Lelaki Negara Di Terbuka Malaysia 2026 - Kien Keat

05/01/2026 02:32 PM

KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Tugas berat menanti beregu lelaki negara pada Terbuka Malaysia 2026 yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 acara beregu lelaki Koo Kien Keat berkata gandingan negara berpeluang mara ke perlawanan akhir namun perlu menembusi halangan daripada pasangan utama dunia Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

“Sejujurnya jika tanya saya, pasangan Korea Selatan sangat konsisten dan saya jangkakan mereka akan mara ke final dan mungkin juga jadi juara.

“Peluang untuk pemain negara melangkah ke final itu ada, cuma untuk muncul juara, saya sendiri tidak pasti,” katanya semasa sesi ujian gelanggang Terbuka Malaysia 2026 di sini hari ini.

Seung Jae-Won Ho melakar pencapaian cemerlang pada musim lepas dengan muncul Juara Dunia dan Jelajah Dunia Akhir 2025.

-- LAGI

 

SUKAN-BADMINTON (KIEN KEAT) 2 (AKHIR) 

 

Kali terakhir pasangan negara muncul juara pada edisi 2014 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Sementara itu, Kien Keat yang pernah bergandingan dengan Tan Boon Heong, akan membantu pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada saingan Terbuka Malaysia kali ini.

Beliau berkata peranannya bukan sebagai jurulatih rasmi, tetapi hanya membantu pasangan ketujuh dunia itu mengembalikan keyakinan selepas prestasi hambar pada 2025, dengan hanya memenangi satu gelaran Terbuka India.

Terbuka Malaysia 2026 bermula esok hingga 11 Jan ini.

-- BERNAMA

 

TAGS: Koo Kien Keat, Kim Won Ho, Seo Seung Jae, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani


AMMM AMMM ZUZ

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami