Bahasa : BM | EN

Kastam Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Putih Bernilai Lebih RM200,000

31/12/2025 11:05 AM

KOTA BHARU, 31 Dis (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 210,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM200,970 termasuk cukai dalam Operasi Kawal Delta 2025 di Pulau Tengkorak dan pesisir Pantai Genting, Pengkalan Kubor, Tumpat, awal bulan ini.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata operasi pada 4 dan 5 Dis itu dijalankan Pasukan Operasi Marin, Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor.

“Modus operandi pihak terlibat ialah menggunakan kawasan pulau dan pantai terpencil sebagai lokasi pendaratan rokok seludup itu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 manakala orang ramai diminta untuk terus bekerjasama dengan pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan, khususnya melibatkan rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.

-- BERNAMA

x

HUBUNGI KAMI

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my

Visitors 0

Ikut Kami